Asal Usul Nanas
Nanas
(An an as comosus) sejenis tanaman tropika yang dipercayai berasal dari
Bahagian Timur Amerika Selatan. la diperkenalkan di Tanah Melayu pada
abad ke 16 oleh orang-orang Portugis. Selaras dengan perkembangan
tanaman getah, pada tahun 1921 nanas mula ditanam di Singapura, Johor
dan Selangor sebagai tanaman kontan. Tanaman nanas terus berkembang dan
diusahakan secara perladangan di kawasan tanah gambut terutamanya di
Johor.
Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar utama nanas dunia selain daripada Thailand, Filipina, Indonesia, Hawaii, Ivory Coast, Kenya, Brazil, Taiwan, Australia, India dan Afrika Selatan. Buah nanas yang dikalengkan mempunyai pasaran yang tinggi di negara-negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Negara-Negara Kesatuan Ekonomi Eropah, Asia Barat dan Singapura.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar